Thursday 15 February 2018

Duka semalam

Sampai kelmarin aku gembira;
Tapi semalam aku berduka;
Hari ini aku memikirkan semalam;
Apakah duka semalam bisa memadam; gembira kelmarin?
Atau gembira sebelum sebelum kelmarin?

Gembira dan duka cuma perasaan;
Perasaan yang berbolak-balik;
Pokoknya persepsi engkau yang menerima;
Gembira pada engkau boleh jadi duka pada yang lain.
Duka kau?
Ahhhh kau sajalah yang rasa!

Wednesday 14 February 2018

Sepi

Jalan yang sepi
Perlu aku lalui sendiri
Mencari hala yang tak pasti
Menuju kehidupan realiti

Entah apa salah
Entah mana silapnya
Sepenuh kudrat telah ku kerah
Tuhan masih belum mengizinkannya
Maka terus berdoa dan berserah
Pasti Tuhan punya cerita selayaknya.

Friday 24 May 2013

Bisu

Kadang-kadang kita perlu belajar untuk jadi bisu,.
Apabila suara kita adalah minoriti.
Bukan tak punya kebebasan bersuara,
Cuma tak mahu tambah bilangan pembenci.

Monday 13 May 2013

Cerita sang hati

Dalam lena semalam,
Dia datang menjengah seperti selalu.
Entah kenapa dan mengapa aku keliru.
Bermain-main dengan perasaan dan sejujurnya aku haru.

Ingin saja aku lontarkan rasa itu pada laut biru,
Agar haru dan keliru itu dibawa pergi ombak menderu.
Tapi aku tak mampu,
Takut-takut perasaan itu tak lagi singgah seiring waktu.

Akhirnya aku biarkan dia cuma di situ,
Hadir dalam mimpi, realitinya palsu.

Thursday 18 April 2013

Takdir

Berpijak pada bumi.
Berpaksikan kesetiaan.
Pada zat yang satu,
Dan tak mungkin berpaling.

Kerana Dia mencipta dan mentadbir.
Tak terlepas pengawasan pada tiaptiap satunya.
Mendengar rintihan si pemujaNya.
Menunai segala doa dan permintaan.
Mengatur hidup setiap hamba selengkapnya.

Apa lagi yang kau mahu,
Hingga hilang percaya kau pada Dia-Tuhan?
Tak cukupkah segala nikmat yang Dia  limpah,
Sampai lenyap rasa syukur kau?

Ada sebab kenapa Tuhan,
Asyik sampahcelakakan kau.
Sebab Dia tahu-kau mampu.
Kalau Tuhan dah tetapkan begitu,
Kau siapa mahu persoal?

R.E.D.H.A