Monday 7 November 2011

pengorbanan

hari ini kita hidup atas dasar pengorbanan semalam.
mungkin pengorbanan yang kita lakukan tidak semulia nabi Ibrahim
di raikan saban tahun demi memperingatinya
tidak juga seindah Ainul Mardiah rela berkorban demi agama
untuk jadi taruhan berjuta pemuda di medan syahid
mana mungkin pengorbanan kita seagung saidina Umar
menafkahkan seluruh harta dan hidupnya demi mencari cinta ilahi
atau seikhlas nabi Muhammad sanggup dihina,caci,herdik
dek mempertahankan syiar islam
paling tidak pun semudah rosli dhobi
di hukum pada usia mudanya demi memperjuangkan kemerdekaan tanah tumpah darahnya

mungkin kita hanya pilih untuk tersenyum kala hati meraung duka
supaya orang disekeliling kita mampu untuk turut gembira
tapi percayalah pengorbanan sekecil itu adalah tiket untuk kita terus bernafas
kerana 'pengorbanan' bukan perkataan kecil tapi alasan untuk terus hidup.


p/s: salam aidiladha 1432H

Saturday 5 November 2011

...C I N T A...

hidup adalah cinta
cinta  adalah jiwa
jiwa adalah nyawa
nyawa adalah manusia
kita lahir ke dunia kerana cinta
ibu bapa,ibu bapa kita
kita wujud di dunia kerana cinta Tuhan
tanpa cinta tiada kita
tanpa kita tiada cinta

Monday 10 October 2011

tolong aku?

Tuhan
terima kasih untuk rasa ini.
rasa yang tak mampu aku gambarkan.
yang ada pada tiap-tiap jiwa anak adam.

Tuhan
terima kasih beri pinjam insan yang bisa paham perasaan ini.
walau jarak memisah jauh dari jasad,jiwa ini mampu berbicara.
lemah longlai bunyinya membisikkan suara lara jiwa.
khabarkan perit kira tersusuk panah bermata.

aku yang rasa sakitnya,perit...
membusung bengkak bernanah nanah hancing...
kadangkala koyak rabak,jadi perca-perca kecil.
aku jahit semula,tepek kanji... mengeras.
tapi tak lama.
senangsenang orang campakkan dalam longkang.
lencun,aku angkat dan sidai semula...
comel kucing jiran sebelah pun gonggong bawa lari.
kalau diikutkan nafsu.
aku akan pagarkan hati dan jantung aku dengan pagar elektrik.
biar mati terkena renjatan bila mahu disakitkan.
ataupun aku korek dan simpan dalam peti sejuk.
tak mampu dibinasakan ikut sesuka otak fikirannya.
paling tidak aku kuncikan pada kabinet paling tinggi.
dan aku buang jauhjauh kuncinya supaya tak dapat orang capai dan remukkan.
aku tak mampu.

wahai hati,wahai jantung.
tolong jangan berhenti berfungsi.
maaf aku kecaisepaikan kau.
tolong berfungsi kembali.
tolong ya?

Thursday 6 October 2011

sesungguhnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AKU TAK BODOH...

Tuesday 30 August 2011

raya yang sirna

malam raya 2011 a.k.a 1432 h.
aku kosong dalam sedar.
celik sampai lewat pagi.
tak tau pergi mana semangat.
gembira ikut ghaib bersama.
ishhh

*geleng-kesal*

dari pagi aku senyap.
duduk dalam bilik terasing.
mesej aku tak balas.
panggilan pun aku tak jawab.
syawal kali ini ntah laa..tak pandai aku nak terangkan.
aku cuma harap hari raya akan datang tak macam ni.

p/s-selamat hari raya aidilfitri.maaf aku tau aku banyak salah!

Saturday 27 August 2011

letter for Malaysia

i love you all the time,
you though me the meaning of love,
ambition,tolerance,sharing,
you make me comfortable,
brave,spirited,proud,
i promise,i will take care of you,
as long as i can,
i love you,
thank you.
MALAYSIA
happy merdeka day 54 malaysia

Wednesday 24 August 2011

friends


Friends are the ones who are always there for you.
Whether the time are good or bad.
They never leave your side.
Even in the worst of circumstances.
When you are sitting with a friends.
You don’t feel the need to say even word.
They will understand even your silence.



Wednesday 17 August 2011

cantik

kalau tingkah macam itik.
tutur asyik jerit.
budi sama kepit.
hati asyik jelik.
akal sama sumpit.
ada apanya cantik.
cuba belajar jadi baik.
baru cantik nampak menarik.
bukan menarik nampak cantik.

Monday 1 August 2011

selamat datang...

Ramadhan datang lagi.
moga yang ini lebih bermakna.
aku mengharap kali ini aku belajar sesuatu.


masih ada ruangnya

tiba-tiba rasa sayu.
rindu kenangan semalam.
rindu bisik merdu suarasuara keinsafan.
oh tidak rindu itu bukan rasa cuma hukuman untuk orang yang tak berani buat keputusan.
ya aku perlu akur.ohhh Ramadhan serap masuk roh aku sepenuhnya tolong!

Sunday 24 July 2011

cerita untuk orang kampung

entri khas aku kiranya untuk orang kampung tentang antologi 'Bogel Menuju Tuhan'


ya rasanya sangat-sangat terlambat untuk review tentang ini.tapi aku nak juga tulis.

                                                                               



tajuk; Bogel Menuju Tuhan
    penulis; Zahiril Adzim
               harga;Rm 30
         







impian aku sedang tidur
aku ada impian,
aku ada impian,
impian aku sedang tidur,
penat.berehat.

jangan cuba bangunkan,
nyata kau tak punya kuasa,
bukan kau pengejutnya.

aku ada impian.
aku ada impian.
impian aku sedang nazak.
sendu. rabak.

lelah tak bijak bernafas,
sedut nyawa pujuk belas,
kerana dunia memupuk sial.
mari berangkat ke syurga.
tampar balas dunia yang menampar kita.
sombong benar,bodoh.

kita haram tak terkesan,
kerana bukan dahi yang terkena.
candu kau bukan canduku.

tulisan ini adalah senjata Zahiril Adzim,bertukar rupa ikut mahunya dan punya nyawa sendiri.diasah tajam menghiris helaian pura-pura ,dipujuk lembut membelai rasa sayang.ibarat mengintai isi hati satu insan yang suka bertanya, seolah-olah tahu jawapannya ada pada mata yang membaca-Anna Raffali.

tapi itu Anna Raffali yang cakap,dan yang ini aku ingin khabarkan;

berulang-ulang kali aku selak,dari kulit ke kulit.
adakalanya aku senyum sorang-sorang,ketawa dan menjerit ahhh swettnya.
aku beritahu semua orang bahawa aku sedang bahagia.
kadang-kadang aku mengomel,bentak-bentak marah,habis sekeliling aku amukkan
kejam kan manusia dan dunia?
pernah juga aku duduk sendirian rapatkan lutut kemuka tahan sebak dan sendu hati,
padahal mengapa dan kenapa aku juga tak mengerti.
lebih banyak masanya aku tunduk diam dan berfikir,
tentang aku,tentang masyarakat,tentang alam,tentang itu dan ini.
ishhh aku rasa aku hidup dalam tulisan itu.

Saturday 9 July 2011

ruang masa yang pecah

dalam binggit bilik kecil ini.
menerawang aku jauh.
mencipta ruangan masa sendiri.
ruang yang mana ada aku.
hanya aku.

tak peduli pada si tukang cakap.
tak layan bisikbisik kecil pada telinga.
tak dengar suarasuara sumbang memekik.
cuma kelihatan batangbatang tubuh bisu.
sebab ini ruang aku.

aku lakar imiginasi dan memori.
suntik sedikit emosi.
warnakan dengan realiti.
calit sedikit prasangka
percikkan warnawarna kejujuran.
terbuai aku sendiri.
kerana ini ruang aku.
terpulang pada aku akan hasilnya.

dalam ruang ini.
aku bina harapan baru.
susun rapatrapat.cantum ketatketat.
salut dengan konkrit.
tempel simen bagi kukuh.
sempurna.cukup sempurna.
cuma dalam ruang ini.

tibatiba ruangan aku pecah.
bertaburan jatuh ke lantai.
aku melangkah keluar bilik kecil ini.
isshhh apa yang aku belajar hari ini?
KOSONGGG!!!

-Bilik Kuliyyah,kelas bahasa-
          07/07/2011

Wednesday 6 July 2011

terkesan sampai mati

yang namanya;
kawan.
sahabat.
teman.
rakan.
friend.
zumala'i.
semuanya punyai erti sama.
seseorang bagi kita beharga.
punya ruang dalam hati kita.
namun individunya berbeza.
senantiasa bersama ketawa.
menahan esak dalam duka.
kadangkadang terkekeh-kekeh teruja.
larilari lompat tinggitinggi bersama.
tak lekang,mana ada kau disitu ada dia.
membontot tak sudahsudah.
macam belangkas.

tapi tak semuanya indah macam yang selalu ditayang dalam drama-drama di kotak segi empat itu.
lebih banyaknya kita adalah bahan pakai buang,mungkin juga pelacur murahan yang memang murah.bila dah puas guna,lenjan sampai rabak,nikmat,sedap, dah sampai kemuncak.
dan opppss tinggal,cabut,lari cari yang baru.

*ishhh(kesal)*


sahabat itu ada hati,punya perasaan.
bila sekali dijentik ngilu terasa.
di carik cebis demi cebis,PERITTT.
maka di tikam berkali-kali,MATI.
serius bila kau datang kembali merayu minta dibelas.
jangan harap kau dapat madu lagi.


p/s-termenung adalah kawan paling rapat aku buat masa ini.
     maap jiwa aku loser,tertewas lagi kali ini.

Sunday 3 July 2011

tertembak 360 darjah

~Bogel Menuju Tuhan;Zahiril Adzim~


~Rojak;Amir Muhammad~

                                                            aku hadam tiaptiap aksara.
                                                       aku mamah setiap inci perasaan.
                                          aku kunyah bagi lumat seluruh helaian kisah ini.
           aku gigit dan hisap semua yang tertulis.segenapnya tiada sesuatu pun yang tertinggal.
                                                                mungkinmungkin.
                                                    
                                         

Sunday 12 June 2011

jiwa kacau

tulis
padam
tulis
padam
*ulang*

apa sebenarnya punca hilang ilham?
simptomnya kita mengerti,tapi ubatnya apa?
ishhh aku tersekat disini lagi.
lagi dan lagi.
okbai.

Thursday 26 May 2011

Al-fatihah...

tragedi mei itu.
mengejutkan kami dari tidur.
tidur yang setiap ketikanya hanya hadir Si mimpi indah.
tanpa segaris hiba mahupun sepalit duka.

anak yatim itu.
asbab kami terjaga dari lena.
lena panjang yang tak pernah diganggu-gugat.
Sang jembalang puaka mahupun Si tukang karut.

maaf.kami tidur nyenyak.
nyedar dan berdengkur.
sedang kalian derita merindu.
lantas kalian dipanggil Tuhan.
di jemput tidur selamanya.

kami terbangun bila kalian sudah tiada.
baru tersedar akan  nilai2 kalian itu.
apa harus kalian yang tak berdosa jadi mangsa untuk kami buka mata?
apa perlu kami tangisi pemergian kalian di kala hayat ada,kami tak ambil peduli?
apa bila sudah jadi begini sumbangan jutaan ringgit boleh diganti dengan nyawa?

mungkin kalian utusan Tuhan untuk kami lebih peka.
barangkali juga ini jihad yang kalian pertaruhkan untuk genggam firdaus.
harus jadi Sang pencipta rindu mahu bertemu kalian pejuang2 di jalanNya.
terima kasih kalian.

terima kasih juga warga yang prihatin.
menyumbang tenaga dan wang ringgit.
pinjamkan semangat pada kalian yang terselamat.
hadiahkan kalam suci moga kalian aman di sana.





Wednesday 18 May 2011

bagaimana cerita manusia kita?

"semakin bertambah pemodenan semakin kita menjadi mesin bisu"

satu hipotesis yang aku kira berlaku rata2 dalam kehidupan seharian kita kini.terima kasih kepada teknologi yang santapannya cuma kemanusiaan;kita semua hidup semenjak dua menjak ini seperti droid.sejak internet mengevolusi hubungan sosial,kita berdikit-dikit telah meracun bahasa tubuh kita.

buktinya;semalam aku terserempak dengan kawan yang duduk disebelah aku waktu darjah 6,juga kawan sekelas dari darjah 3 untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan.rasanya aku sudah mengenali seluruh keturunannya,apa yang aku buat bila jumpa dia?
*senyum
*bersalaman
*tanya sihat ke tidak
*senyum lagi dan
*blahhh

semalam juga ada 2orang kawan datang lepak kedai aku,kawan main sama2 waktu sekolah,bila rehat dengan mereka la aku lepak,main cop tiang,pepsi kola,main beyblade,ponteng kelas tambahan pun dengan mereka. tapi semalam aku ambil order meja mereka,dan kami hanya berbalas senyuman.cara sapaan terbaik untuk orang yang dikira rapat dengan kita bukan?

*ketawa*
*diam,tunduk*

sejujurnya aku memang ada masalah dengan pergaulan.bukan aku sombong,mungkin aku pemalu, tapi siapa sudah kenal aku, mereka tau bertapa bisingnya aku. aku rasa bukan aku sorang yang mengalami situasi beginikan?sedar atau tidak kita sebenarnya;

sudah kurang body language.
sudah tidak suka body contact.
kekok bila ucap 'apa khabar' secara live.
lebih gemar ketik jari di komputer berbanding hadir ke majlis ilmu.
lebih membudayakan poke dan komen di wall fb berbanding peluk yang ketat.
lebih suka beremail,sms,chat meluahkan perasaan menahan esak dari menerima tepuk dibahu dan terhinjut2 dengan airmata.

ya aku seriau.aku seriau kita semua menjadi android.
aku sendiri terjebak dalam konspirasi tolol ni,perasan tak yang kita semua macam tak punya kawan yang bertubuh badan manusia?setiap masa fesbukfesbuk,youtubeyoutube,twittertwitter.bangun pagi,yang dicari pengomen status fb kita malam tadi.

maaf,mungkin aku sorang sahaja yang rasa begini,kalian tidak.
bukan aku menidakkan kebagusan teknologi.membuang kemodenan buta2 adalah bodoh dan tak berakal.cuma pada aku,kita perlu ada had2nya.perlu tahu garis berhentinya.perlu beringat
untuk kata 'opps sudah terlangkau dari yang sepatutnya'.

p/s-kadang2 aku rasa kalau tak ade tenet ni,boleh mati kebosanan juga!

Monday 16 May 2011

cikgu-terima kasih

cikgu,kalian umpama akademi fantasia,
pembawa fenomena baru,
pengubah atmosfera sejagat,
peniup api juang berbara,
pelakon terbaik dimata aku,
penghibur tiap2 inci aku,
sinar cahaya aku,
lampu kalimantang aku.
terima kasih cikgu ibu,
terima kasih cikgu ayah,
terima kasih cikgu sekolah,
terima kasih cikgu kawan,
terima kasih cikgu pengalaman,
terima kasih cikgu2 sekalian.
-selamat hari guru-




antara cikgu yang aku ingat;
cikgu tadika perpaduan;
-cikgu liza dan cikgu siah.
cikgu sekolah rendah;
-cikgu-cikgu sekolah Kebangsaan LKTP Belitong (darjah 1-3)
-cikgu-cikgu sekolah Kebangsaan Bandar T6 (darjah4-6)
cikgu sekolah agama;
-cikgu-cikgu kafa 1 & 2.
-cikgu-cikgu sekolah Agama Taman Sri Lambak.
cikgu sekolah menengah;
-cikgu-cikgu sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang.
-cikgu-cikgu tingkatan 6 sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil
cikgu2 a.k.a pensyarah cfs iium petaling jaya.


sejujurnya,
apa layak aku bagi,kerana tak akan terbalas sampai mati.cuma...
subuh 16 mei ini aku hadiahkan fatihah dan yassin buat kalian,moga setiap niat dan kerja kalian dirahmati Tuhan.sebab aku kira apa yang kalian lakukan sangat mulia dan agung.
buat insan yang pernah begelar cikgu pada aku,aku mohon maaf kerana sememangnya aku tak jadi seperti yang kalian harapkan,terima kasih cikgu!



guru penjana transformasi pendidikan negara
p/s-teachers plant seed of knowledge that growth forever!


Wednesday 11 May 2011

inginku nyatakan kau milik syurga

segaris wap pagi,
cuba melakar kaki langit,
dalam kedinginan samar kabus subuh,
mula mengatur hari untuk semua,
helaian naskah ibu diselak lagi,
di 46 tahunnya ia bernafas,
menggagah segala kudrat,
menelan tiaptiap kekecewaan,
meranap semua permasaalahan,
menghembus debu kedukaan,
ibu terus tersenyum,
walau hati ibu aku toreh parutkan,
terkadang ibu aku sampahkan,
diminta itu dan ini,bentakbentak meradang,
hempas pintu,jerit kuatkuat marah,
acapkali aku hadiahkan ibu dengan airmata,
tak terkira berapa banyaknya jatuh kerana aku,
ibu tak pernah berdendam,apalagi membalas,
ibu bagi semangat,ibu bagi nasihat,
ibu bagi kasihsayang,ibu bagi semua yang ibu ada,
kalau aku bisa capai pelangi dilangit tinggi itu,
akan aku gantungkan pada tiaptiap hari ibu,
supaya aku mampu terus lihat ibu tersenyum lagi.
-selamat harihari ibu-



p/s-ni bukan palagiat,cuma aku copy paste hasil sendiri,
      entri ni masuk kat ZineSatuMalam Ibu
      jom ramai2 joint pages best ni;
      ZineSatuMalam
      best sangat serius!terima kasih zine.
  

Friday 6 May 2011

mereka-satu suara dari sekian banyak suara


                                                         dalam dunia yang sempurna,
                                             setiapnya yang indah tidak akan ada makna,
                                               andai kenangan itu hanya racun rasanya,
                                                                 baik usah hadir.
                                                 sini aku tunjukkan,jiwa,hati,cinta;
                                             aku yang diranap koyak ronyokkan.sial.
                                             terima kasih untuk selayar kenangan kita.


  rakan sekelas aku yang meriah;
  Azri,Jabir,Nadzir,Hanif,Zulfikar,Intan,  Syifa,Wafa,Qila,Ilya,Aina,Shi,Atin,
  Fairuz,Hamidah,Kak Tim, Hanim, Farhana,Aqila,Norida,Afizah,Harniza,Amnah,Ummu. 
    mana2 nama yang tiada atau salah ejaannya,aku mintak maap,kerana aku tak cukup kenal kalian.

p/s-masa dengki kita atau kita yang tak pernah
    ambil peduli?

Tuesday 3 May 2011

semangat jangan hilang

apa benda yang senantiasa bertambah tak  pernah berkurang?
jawapannya-- **u*.
dapat?senang saja bukan,adik2 yang tadika pun boleh jawab.

oleh kerana itu,
hari ini aku sembilanbelastahunlapanhari.
ya sememangnya semakin bertambah dan akan terus bertambah.

lapan minggu dulu aku 18tahun 10bulan 14hari.
lapan bulan dulu aku 18tahun 3bulan 9hari.
lapan tahun dulu aku 11tahun 9hari.

*senyum*

Opsss!!!
nanti dulu.
boleh tak masa tolong berhenti!
masa aku sorang je yang berjalan.
dan masa gerak semula,biar aku dewasa waktu ini.
boleh cepat2 jadi matang,kerja,kahwin,hidup bahagia,tak payah  menghadap assignment,menghitung hari tamat peperiksaan,bla...bla..bla...
seronak bukan??

ehhh!!!
tunggu.
lebih baik masa di putarkan balik.
agar aku kembali menjadi kanak2.
dan masa perlu berhenti disitu.terus berhenti setakat itu.
supaya aku senantiasa boleh bermain dengan gembira.
lari2,tonggang terbalik tak ada siapa ambil peduli.
tak perlu hiraukan menjadi dewasa dan serabut tentang dosa.
tak payah fikirkan tentang perkara2 itu dan ini.
waaah aku mahu kembali ke waktu itu.

*diam,haaihh*

bodoh!
berangan boleh la,cakap memang senang.
ingat ada mesin masa macam doremon.
atau mesin macam dalam animasi kiteretsu.
tak pun macam mesin yang nabil buat dalam konsert maharajalawak minggu ke 4.
semuanya sama,fiksyen semata2 mustahil masa boleh berundur dan kedepan.
dan sudah pastinya aku akan menjadi perindu teragung pada masa2 silam
serta penunggu terbangang menanti masa akan datang yang tak pasti dan mengharap setiapnya sempurna,walhal aku sendiri sedar yang itu tak akan terjadi.

tapi walau bagaimana celaka pun hidup ini,yang pasti aku perlu teruskan,bersaing dengan ketentuan. menyepak terajang kekecewaan,menembak segala setan2,meludah pada mulut2 durjana yang tak sudah2 mengata dan mengeji, menumbuk lumat kegagalan dan kekalahan,mengenggam ketat2 kejayaan dan yang paling penting mencatat dan membuku segala kenangan.kerana aku sedar aku masih ada lagi kontrak yang belum dilunaskan dengan Pencipta,serta aku perlu bayar balik segala pinjaman sampai suatu masa Dia ambil balik semuanya dari aku.dan aku akan pulang kosong.

p/s-hidup ini umpama ais-krim,
      nikmatilah ia sebelum cair.

Friday 29 April 2011

cerita anak kecil dalam jamban

                                                                          
                                                                       aku suka,
                                                                     suka sangat,
                                                                sangat-sangat suka!


p/s-waktu kecik kita memang bodohkan?

Tuesday 26 April 2011

harihari membilang angka

hari ini aku sembilanbelassatuhari.
semalam "dia" jatuh lagi pada genap sembilanbelas.
terima kasih tuhan beri aku pinjam roh hingga saat ini.
terima kasih juga beri aku percuma;

--jasad
--udara
--anggota badan
--kasih-sayang
--perasaan
--perlindungaan
--dan lain-lain

kalaukalau Engkau minta bayaran sekalipun,
sumpah aku tak mampu,sebab aku tak ada apa-apa.

*termenung dan berfikir*

tapi kadang2 bila aku fikir,umur saja yang bertambah,celakanya tetap sama bukan?
antara perkara2 penting yang berlaku sepanjang aku lapanbelastahun:

  -jumpa dengan adik beradik lain mak, lain bapak (kawan2 f6 kelas sejarah)
    ~aku janji tak akan pernah lupa korang~
  -masuk ke alam universiti,yang aku rasa keadaannya tak seperti yang dijangkakan.
    ~mungkin terbaik untuk aku~
  -jumpa dengan diri sendiri dan mengenali hati budinya.
    ~baru aku tau tentang suka dan benci diri sendiri~
  -belajar uruskan duit sendiri.
   ~aku juga belajar bahawa tak buat pilihan itu kadang2 adalah pilihan terbaik.

dan aku harapkan hari-hari sembilanbelas yang akan datang:

  -aku lebih kenal tuhan dan diri aku.
  -aku mampu bernafas dalam lumpur dunia.
  -aku diberi peluang untuk memilih.
  -aku jadi seseorang yang bukan semalam.

p/s-mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkn bahasa rasa...
      apa yang diubah? wajah atau hati ini?

Monday 25 April 2011

terima kasih

saya ada masalah dengan ucapan, jadi kalau saya berdiam diri di kotak komen / sms,
tolong jangan dikatakan saya ini sombong atau umpamanya.
saya sesungguhnya tidak reti.tapi dalam hati--

demi Tuhan yang maha mencintai,
terima kasih,
apalah agaknya kebaikan yang pernah saya lakukan,
sehingga begini saya di kasihi kalian.
terima kasih.

Saturday 23 April 2011

dari sebuah abjad

*rindu itu bukan rasa,tapi hukuman untuk orang yang tak cukup berani buat keputusan*

"I secretly have a desire to cuddle my reader"

hadiah kepada diri sendiri tatkala menghampiri usia tua;
manusia wajib mengharumkan dunia hayatnya, bukan mencemarinya.

Friday 22 April 2011

aku tahu ini

                                                   kita akan jadi kuat;
                          bila ada orang yang sayang dan perlu kita lindungi.
                                                         setuju???

kabur-meletop-

fathiah

siapa rasa dia comel;angkat tangan!

*senyum*


                                                 dia manusia sengal pernah aku jumpa;
                                   kerana dia senyap pada aku yang lompong dan kosong.

Thursday 21 April 2011

ingat

aku percaya jika diberi peluang kedua,
kita semua mampu terbang lebih tinggi,
menyelam sampai dasar,
memanjat hingga puncak,
belayar ke tengah.
berlari tiba di penamat.

tapi bila peluang itu hadir,
aku tak mampu garap dan padukan untuk hasilkan momentum terbaik.

cuma,
mungkin aku bisa tumpahkan segala yang aku punya dengan harapan aku mampu genggam kesempurnaan.
kerana bagi aku,apa yang berlaku tak akan pernah  berlaku berulang-ulang kali.

kerana kita semua pernah semalam,dan kita pasti mahu memperelokkan semalam,
namun kita tak mampu ulang tayang semalam buat kesekalian kalinya,
yang kita mampu cuma hadirkan sebanyak mungkin memori semalam,
kerana sejak dari itu semua orang tak pernah sama,
kerana kita manusia tidak akan pernah cukup.

Tuesday 19 April 2011

sempurna

tulis dan padam.
tulis,padam lagi.
tulis dan padam.


*termenung*


susah jadi sempurna.
nak terbaik dimata semua.
tak cacat pada kewujudan.
kacak dalam comel.
senyum masa sengsara.
nangis bila orang lain sedih.
angguk,tapi tak setuju.


bosan
jelak
geli
muak
jijik


macamlah hidup ni kau yang tentukan?
anu aku kau yang basuh bersih.
kad laporan aku kau yang restu.
tangki aku kau yang isi penuh.
tilam aku kau yang jemur.
belanja aku kau yang bagi.


bilamasa cerita aku mahu ditamatkhatamkan?
aku pegang ini selalu:
tuhan lebih tahu.




Saturday 16 April 2011

satu sahaja

aku tak minta kau pimpin tangan aku,
jalan2 bersama,pusing2 menari berdua.
aku tak harap kau peluk ketat aku,
meraung ketawa berhingus di bahu aku.
aku tak tegar minta kau makan muntah aku,
bau nanah aku,jilat kaki aku.
aku tak suruh pun kau hirup udara aku,
bernafas sempit,menahan busuk.
aku tak kejam...
aku ada otak untuk fikir.
aku ada hati untuk sakit.
aku ada jiwa untuk rasa tersiksa.

*tunduk*

aku cuma minta satu, aku timbul pada engkau.
cukup!noktah.

suara aku kecil tiada siapa mahu dengar

satu perkara;
aku tak suka naik bas.
kalau boleh aku tak nak naik bas.
sebab itu aku jarang balik jumpa ayah ibu kebelakangan ini.

sejak aku tercampak jauh di daerah ini,
aku perlu pulang naik bas.
berada dalam perut bas 3,4 jam atas jalan raya
dengan menghadap 1001 bencana buat aku serabut.
dengan lagak bagus driver2 bas yang berbondong2
saling memotong merimaskan.
nak sahaja sku tahan dan kata kan pada pemandunya;
"pakcik,pakcik bawa nyawa bukan bawa tauge"
ataupun;
"pakcik,amal dah banyak ke nak mati cepat ni?"
mungkin;
"pakcik,masa depan negara terletak ditangan pakcik,jadi memandulah secara berhemah"

*ketawa*

persoalannya,aku siapa?
siapa yang mahu mendengar suara aku?
siapa yang tahu rasa ambil peduli?
siapa yang sedar dengan cakap aku?

tak apa tunggu suatu hari nanti,
bila aku dah pegang segala macam jawatan yang besar2,
akan aku khabarkan dan tarbiah mereka.
tapi...bila?



Thursday 24 February 2011

pisstt...kali pertama

*kali pertama menulis*

huh!berkira-kira aku mahu menulis.
jujur,aku kata aku tak pandai menulis.
dan tak tahu nak menulis apa.
*geleng kepala*
tapi aku tetap gatal mahu menulis.
cemburu pada kawan2 yang ada blog dan sibuk menulis.
aku mintak ajarkan dari kamu semua boleh?.

entri pertama aku ini,aku ingin fokuskan pada tujuan dan keutamaan menulis pada aku.
ya,ustaz aku dulu selalu pesan tulis,tulis,tulis dan terus menulis.
tulis untuk diri sendiri.
tulis untuk orang lain.
tulis untuk mengondem.
tulis untuk membina.
tulis untuk meluah.
tulis untuk mengecam.
tulis untuk berdakwah.
semua itu penulisan,tapi apa sebenarnya matlamat kita dalam menulis?
bagi aku menulis itu seharusnya dari hati,apa yang kita rasa,apa yang kita alami
bukan yang dibuat-buat.semua orang bisa menulis,
tapi persoalannya adakah penulisan kita itu memberi kesan pada orang lain. hasil tulisan kita itu buat orang memerhati,berfikir dan menanamnya betul-betul dalam hati.
tapi itu apa yang aku rasa,kau punya rasa lantak la aku tak nak ambil peduli.
kerana aku tak tahu dan tak pandai menulis.
*ketawa*
maaf,ni muka aku.
aku berhak mau tulis apa yang aku rasa.
kalau kau rasa kau tak suka,pintu keluar ada pada tanda "x" dihujung atas sebelah kanan muka ini.
sila klik dan kau pasti akan rasa bahagia.
terima kasih la pada kau kerana sudi baca sehingga ke titik ini.