Thursday 13 December 2012

Menghukum tak bermakna menyakiti

Tadi buka facebook;
semua orang tak henti-henti  post video tentang seorang bapa dera anak lelakinya.
dulu ibu dera bayi, dah kena tangkap dan penjara pun.
masalahnya kita yang sebagai penonton cuba berlagak jadi Tuhan.
memaki,mengugut,menghukum seolah-olah dosa dan pahala kita yang tentukan.
bukan aku sokong perlakuan si bapa tu,
cuma aku rasa tak ada untungnya kau comment begitu.
menambah dosa adalah,
cukup cuma kita rasa benci dan jangan lakukan pada anak2 kita kelak.
mungkinmungkin

entah

teringat;
dulu masa kecik-kecik mesti selalu kita kena hukumkan?
tipulah kalau tak pernah.
tak kisahlah dengan ayah, ibu, cikgu ataupun saudara-mara yang lain.
ada yang kena rotan,
belasah guna batang paip,
rembat pakai hanger dan batang penyapu.
pukul guna tali pinggang ulang-ulang kali,
itu belum lagi yang kena cubit sampai berbirat,
tarik sideburn sampai badan-badan sekali terangkat,
yang kena lempang sampai telinga berdengung pun ada.
dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk menghukum.
dan semestinya ibu-ibu kita akan jadi doktor;
sapu ubat dan bagi nasihat jangan buat lagi.

*pause*

serius,
bila dah besar aku rindu semua itu.
memang menyampah dan berdendam apabila kena hukum,
rasa nak lari dari rumah pun ada.
tapi dengan hukuman itulah yang menjadikan kita  manusia  berperasaan.
yang tahu menghargai orang-orang sekeliling.
yang tak mudah melatah bila orang cucuk menghasut.
yang hidupnya cukup sekadar cukup.

sedar atau tidak,
hukuman itu sakitnya sementara.
kalau yang jenis terjal macam aku ni dah jadi lali,
alah bisa tegal biasa.
paling lama seminggu je bertahan.
lepas tu ulang balik kesalahan yang sama.
tak serik-serik.

tapi macam tajuk entri ni; 'menghukum tak bermakna menyakiti'.

masa aku kecik2 dulu-ayah memang selalu merotan kami.(aku dua beradik je)
bila dah besar sikit, dah tau mana buruk mana baik,
ayah dah jarang rotan.
dia gunakan pendekatan lain.
paling aku ingat kalau peratus ujian selain daripada A,
kami kena hukum pegang buku.
terpulanglah berapa hari dia nak tetapkan.
pergi mana-mana pun kena bawa buku,
walaupun kau tak baca, janji kau pegang buku tu.
memang kelakar, nak main badminton sebelah tangan kau pegang buku.
waima nak makan sekali pun buku mesti kena ada dekat sebelah.
kalau kau tak buat dan kantoi, jumlah hari akan bertambah.
uishhh pernah sekali peratus aku 79%.
1% je nak ke A, tapi ayah aku kata tak ada kompromi.
kenalah aku berkepit 24 jam dengan buku selama 5 hari.
hahahaha seronok bukan?

sejujurnya--banyak kaedah lain menghukum.
tak semestinya anak kau badan berbirat berparut akan jadi manusia sempurna.
dengar kata dan tadah pada apa adanya.
percayalah--selalunya mereka2 ini hidupnya tertekan.
murung dan tak berkeyakinan,cuma yang ada kekerasan dan kebencian.
natijahnya bila mereka dah berkeluarga,anak2 mereka pula yang akan jadi mangsa.
dan benda ni akan berterusan.

dan bila masa pula kita nak merasa yang berkasih-sayang itu indah?

cukuplah.
we can make a difference.
stop all  this.
our children deserve more than all this bullshit.
our children deserve respect.


p/s: berkobar-kobar macam dah ada anak sendiri je.
      hahaahha

Tuesday 4 December 2012

Sayonara sengsara

lewat 8.00 pagi aku tersedar
bermalas-malasan atas tilam empuk
arghhhhh terlepas subuh lagi
kabus tebal,angin similar meresap ketulang som-som

melangkah longlai aku ke kelas
menguap sangap dengan bebelan ustaz
tips-tips pelajar cemerlang perlu itu dan ini
aku abaikan, cuaca redup,mata layu meminta bantal

disini tak perlu aku gusar,tak perlu aku takut
bedilan peluru-peluru sasar
sepak terajang si tentera laknat
roket-roket pemusnah tamadun bangsa
senapang-senapang patah diacu dikepala

disini tiada igauan ngeri dan seriau
suara herdik keji penceroboh durjana
jerit perih ibu, kakak, adik perempuan dicabul dan dirogol
esak tangis anak-anak kecil mencari mana hilangnya ibubapa

mereka saudara aku, ya saudara kita semua
yang mana perjuangannya menuntut hak untuk terus hidup,
hak untuk damai dan hak bernegara merdeka
moga-moga aku disini bangun dan tetap terus selesa
dan mereka disana akan kecapi rasa sama seperti aku

                                                                            -entri tertunggak suatu pagi-



p/s: moga Allah kekalkan rasa bahagia dalam hati Syifa Hamzah.
      dah tak sabar nak makan nasi minyak percuma ni .

Sunday 2 December 2012

Jemaah warga kota

terik panas sang mentari sepelaung di atas kepala
hujan renyai bercampur asid mencurah bersama
dalam riuh warga kota yang matrialistik
mua'zin melaung seruan mengingatkan tanggungjawab
tuntutan Ilahi perlu didahulukan
melangkah ke rumah Allah ditengah-tengah piruk kota

dalam kekalutan manusia berpusu-pusu
tersenyum adik kecil berjubah dan berserban kemas
cukup cilik barangkali belum menjejak angka tujuh
bersama tongkat putih lipatlipat kepunyaan si atuk
usai berwuduk dia membetulkan serbannya
lalu memimpin tangan si atuk berjemaah bersama

dari ruang yang lain
berderet beratur kaum hawa menunggu giliran
giliran selipar ketandas
giliran menggunakan kepala paip
giliran kain telekung wakaf
dan giliran menjaga barangan shopping

masingmasing jadi satu bila melangkah kesitu
tak kisah lah dari mana mereka datang
warna apa dan corak apa baju mereka
Justin Bieber,Super Junior, Maher Zain, mahupun Kurt Cobain yang di puja
berjalan, berkereta ataupun punyai jet peribadi sampai sepuluh
Tuhan kita tetap sama

langsung
yang gaji bulanannya lima angka
ada banglo dipuncak bukit
kasut sahaja penuh tiga almari
spender harihari berseterika
akan dipandang mulia disisi Tuhan

dan mereka yang membanting tulang tak kira masa
makan berlauk telur dan kicap setiap hari
spender dah jadi macam roti jala
tak mampu nak bershopping di Pavilion
akan tersisih dari pandangan Tuhan

TAK kita semua sama sahaja dimata Tuhan
yang membezakan kita cuma tahap takwa kita.


                                                                -Jalanjalan di jalan Masjid India-

Saturday 1 December 2012

Disember 1st

Di helaian 20 tahun ini kawan
Kita masih lagi mencari-cari
siapa diri ini sebenar
kawan-kawan yang kita suka
seteru-seteru pembenci celaka

Di halaman ini juga kawan
kita kenal erti putus asa
bangun,jalan,berlari dan jatuh semula
tapi kita tak pernah berhenti mencuba
cuba untuk jadi terbaik
cuba untuk tersenyum
cuba untuk jadi pelindung
tapi pada hakikatnya kita tak pernah mampu
untuk puaskan hati semua orang

Ya kadangkala kita yang terluka
melakukan sesuatu bukan atas dasar kita
menonong membontoti mereka-mereka yang punya kuasa
anggukangguk setuju tanpa perlu dalil
mereka melolong kau pun ikut sama melatah melolong
madahnya kau di keji tak dibantu
mereka pula diagung disanjung tinggi

*pause*

Dalam muka surat yang mendatang ini kawan
kita perlu bina asas yang kukuh
biar ribut bergulung-gulung mencengkam
kita tak goyah
biar ombak datang membeku
kita tak akan pernah ranap
biar bumi memuntahkan isi perutnya
kita tak akan tersentap
andai nanti kau terjatuh terlentang sekalipun
kau tak akan rasa sakit
kerana sakit itu mengalir dalam darah kau.


p/s- diam tak bermakna hilang,cuma beri masa untuk merindui

Monday 13 February 2012

satu hari lagi dan lagi

Bertahan...
pohon pada Tuhan untuk terus bertahan
untuk suatu masa yang pasti bisa
tolak ketepi,tinggal jauh-jauh
rasa putus asa yang ada
jika mampu bunuh sahaja
tikam balikbalik,cincang sampai lumat
jangan biar untuk terus bernafas
walau sesaat

dan...bangun...
merangkak,menapak perlahan-lahan
mula berjalan...laju kemudian berlari
jangan pernah toleh kebelakang
dan apabila jatuh...

bangun lagi
tepuktepuk tanah yang melekat pada seluar
dan mula semula
ulangulang dan ulang
jangan berhenti
sampai ia bukan lagi beban
tetapi ia adalah sebahagian dari diri kita

Friday 6 January 2012

selamat tahun baru!!!
dah berzaman tak update ya,kali ni aku nak cerita tulis apa aku suka haahahah,walaupun tak ada orang nak baca,ada aku kesah!!


1st sekali aku sangat teruja sebab dekat kedai buku popular Kluang Mall dah ada buku Fixi.


Ohsemmm beb!
05/01/2012<-------filem sesuatu yang tertinggal release on cinema.
dan akulah orang pertama yang dapat tiket filem ni dekat daerah Kluang ni,dan paling seronok sekali, aku tengok sorang je cerita ni dekat panggung Kluang Parade.rasa macam aku pulak yang reserve panggung tu.

kau ada?

nak buat preview sikit lah :)

                                                                      pengarah
                                                                  Asrull Hisyam

                                                                       grene
                                                                seram & drama

                                                                    pelakon
                       Sara Ali,Zahiril Adzim,Shera Aiyob,Rafael El-Arash,Daniel El-Arash,
                     Ainur Syakina,Farhana Qismina,Keroz Nazri,Beto Khusyairi,Nam Ron.

                                                                      sinopsis
                                                               google sendiri la (^,^)

                                                                  comment aku

Hantu Mona (Sara Ali) memang menjadi,pembawakan watak hantu tu pun real.watak Arshad (Zahiril) yang kononnya nak try Mona aku kira tak berapa menjadi kerana chemistry kurang dan nampak Arshad lebih senang dengan Zakiah (Shera) mungkin kerana di sini cinta mereka berputik.Dua watak antagonis Bella (Ainur) dan Johan (Keroz) mengembangkan lagi plot cerita ini,tapi watak mereka dimatikan dengan begitu cepat dan pada aku tak beberapa kemas tapi memang tragik.Pelajar-pelajar yang tinggal dekat rumah anak yatim tu pun tak mesra,sekurang-kurangnya waktu nak balik cuti tu salam-salam la kan,tak pun lambai pun dah ok.Hantu Ashraf (Rafael) memang cute gila,macam Ju On versi melayu.Murni (Farhana) mempunyai kawan di alam lain,tapi dari segi perbualan dengan 'kawan' alam lain tu macam sebaya,rupa-rupanya macam pangkat mak je.Overall bagi aku ok la cerita ni.aku bagi 4 bintang daripada 5.




oklah bye...bye..