Saturday 12 January 2013

Adil vs Sama rata


#Ya ini adil--meletakkan sesuatu ditempatnya

analoginya macam kau ada 4 orang anak,
anak pertama-15 tahun
anak kedua-12 tahun
anak ketiga-8 tahun
anak keempat-3 tahun
dan kau pergi kedai makan order tomyam untuk kesemua anak kau.
adil kah?
itu kesamarataan namanya.
anak kau yang umur 3 tahun tu,takkan kau nak balun juga bagi makan tomyam?
pedas tuantuan dan puanpuan.




p/s: is it stealing if it's already stolen?

Friday 11 January 2013

Tahan

Tahan...
Hadap segala yang datang.

kakukan badan dan biar
dipukul,sepak,terajang,bagi buku lima,hentakkan
dan segala macamnya--serap

tepukan otak dan biar
dicaci,maki,hina,herdik,jelik,diburuk itu ini
dan segala macamnya--padu

keraskan hati dan biar
rasa marah,cemburu,stress,kecewa,bangga,simpati
dan segala macamnya--hadam

kunyah setiapnya lumat2-telan
dan
R
E
D
H
A
sampaisuatumasakaujadilali.

Tuesday 8 January 2013

Terkilan

ishhh
Terkilan tau tak?
aku bukan asing bagi kau kan?
dulu kita borak sama-sama
makan sebekas berkongsi sudu lagi
jarak tak jauh pun berutus-utus surat
sakit kau aku rasa sama
kau tahu keluarga aku
aku kenal keluarga kau
adik beradik kau aku hafal sikapnya
kau hadam cerita2 aku
aku peduli dengan setiap apa yang kau kisahkan
dan hakikatnya kita R.A.P.A.T
malah kau pernah berbumbung di rumah aku
golek2 atas tilam dan berbantal bersama aku
cerita tentang siapa yang kau suka
tentang apa yang kau ada dan harapkan
semua kau tuturkan pada aku

*sigh... gelenggeleng

ya aku tau aku bukan siapa2 kini
kau punya semua,dan aku masih merangkak mencari
sungguhpun kau jelik mahu jumpa aku
khabarkan lah bahawa kau berada didaerah aku
cukup sekadar satu sms memberitahu
aku tak mintak lebih
cukup sekadar
aku tau yang kau pernah ada aku sebagai kawan
kerana bagi aku kawan SEKALI
sampai bilabila namanya KAWAN


p/s: untuk suatu masa yang pernah aku rasakan.

Wednesday 2 January 2013

Pandang rendah = BODOH

Eh, aku belajar kat Universiti la,IQ mestilah lebih tinggi,
Mana boleh bergaul dengan kau yang kerja promoter pasaraya.
Dan aku tak pakai cap2 bundle ni,
boleh gatal tau tak badan aku.
Apa standard makan kat mamak / warung,
paling selekeh pun Fastfood la,ada aircond.

Eh,BODOH!
sini aku bagi tau,
kau makan ikut mulut,
keluar ikut BONTOT juga kan?
ada kau KENTUT bau Escada?
ada LUDAH kau menitis jadi duit?
DARAH kau warna HITAM ke yang kau nak bangga2 sangat?

Eh,BODOH lah!
apa bezanya kau dengan yang lain,
lahirnya telanjang BOGEL juga,
MATI mereput dimakan tanah juga.
dah tu jangan PANDANG RENDAH faham?
atau kau memang BODOH tak paham.