Tuesday 8 January 2013

Terkilan

ishhh
Terkilan tau tak?
aku bukan asing bagi kau kan?
dulu kita borak sama-sama
makan sebekas berkongsi sudu lagi
jarak tak jauh pun berutus-utus surat
sakit kau aku rasa sama
kau tahu keluarga aku
aku kenal keluarga kau
adik beradik kau aku hafal sikapnya
kau hadam cerita2 aku
aku peduli dengan setiap apa yang kau kisahkan
dan hakikatnya kita R.A.P.A.T
malah kau pernah berbumbung di rumah aku
golek2 atas tilam dan berbantal bersama aku
cerita tentang siapa yang kau suka
tentang apa yang kau ada dan harapkan
semua kau tuturkan pada aku

*sigh... gelenggeleng

ya aku tau aku bukan siapa2 kini
kau punya semua,dan aku masih merangkak mencari
sungguhpun kau jelik mahu jumpa aku
khabarkan lah bahawa kau berada didaerah aku
cukup sekadar satu sms memberitahu
aku tak mintak lebih
cukup sekadar
aku tau yang kau pernah ada aku sebagai kawan
kerana bagi aku kawan SEKALI
sampai bilabila namanya KAWAN


p/s: untuk suatu masa yang pernah aku rasakan.

No comments:

Post a Comment