Saturday 1 December 2012

Disember 1st

Di helaian 20 tahun ini kawan
Kita masih lagi mencari-cari
siapa diri ini sebenar
kawan-kawan yang kita suka
seteru-seteru pembenci celaka

Di halaman ini juga kawan
kita kenal erti putus asa
bangun,jalan,berlari dan jatuh semula
tapi kita tak pernah berhenti mencuba
cuba untuk jadi terbaik
cuba untuk tersenyum
cuba untuk jadi pelindung
tapi pada hakikatnya kita tak pernah mampu
untuk puaskan hati semua orang

Ya kadangkala kita yang terluka
melakukan sesuatu bukan atas dasar kita
menonong membontoti mereka-mereka yang punya kuasa
anggukangguk setuju tanpa perlu dalil
mereka melolong kau pun ikut sama melatah melolong
madahnya kau di keji tak dibantu
mereka pula diagung disanjung tinggi

*pause*

Dalam muka surat yang mendatang ini kawan
kita perlu bina asas yang kukuh
biar ribut bergulung-gulung mencengkam
kita tak goyah
biar ombak datang membeku
kita tak akan pernah ranap
biar bumi memuntahkan isi perutnya
kita tak akan tersentap
andai nanti kau terjatuh terlentang sekalipun
kau tak akan rasa sakit
kerana sakit itu mengalir dalam darah kau.


p/s- diam tak bermakna hilang,cuma beri masa untuk merindui

No comments:

Post a Comment