Cuma tak mahu tambah bilangan pembenci.
Friday, 24 May 2013
Bisu
Cuma tak mahu tambah bilangan pembenci.
Monday, 13 May 2013
Cerita sang hati
Dalam lena semalam,
Dia datang menjengah seperti selalu.
Entah kenapa dan mengapa aku keliru.
Bermain-main dengan perasaan dan sejujurnya aku haru.
Ingin saja aku lontarkan rasa itu pada laut biru,
Agar haru dan keliru itu dibawa pergi ombak menderu.
Tapi aku tak mampu,
Takut-takut perasaan itu tak lagi singgah seiring waktu.
Akhirnya aku biarkan dia cuma di situ,
Hadir dalam mimpi, realitinya palsu.
Thursday, 18 April 2013
Takdir
Berpijak pada bumi.
Berpaksikan kesetiaan.
Pada zat yang satu,
Dan tak mungkin berpaling.
Kerana Dia mencipta dan mentadbir.
Tak terlepas pengawasan pada tiaptiap satunya.
Mendengar rintihan si pemujaNya.
Menunai segala doa dan permintaan.
Mengatur hidup setiap hamba selengkapnya.
Apa lagi yang kau mahu,
Hingga hilang percaya kau pada Dia-Tuhan?
Tak cukupkah segala nikmat yang Dia limpah,
Sampai lenyap rasa syukur kau?
Ada sebab kenapa Tuhan,
Asyik sampahcelakakan kau.
Sebab Dia tahu-kau mampu.
Kalau Tuhan dah tetapkan begitu,
Kau siapa mahu persoal?
R.E.D.H.A
Tuesday, 9 April 2013
Perlu?
Hari-hari kau minta dijaga.
Jangan diguris nanti terluka.
Balik-balik aku yang perlu berhati-hati.
Takut-takut nanti terjentik.
Tiap kalinya kau mengingatkan.
Genggam ketat-ketat jangan terlepas.
Ohh ya lupa!
Perlu diberikan segala yang kau punya juga.
#senyum-kelakar
Habis aku punya hati siapa mahu jaga?
Monday, 18 March 2013
Pencuri
Dia lalu dengan pantas,
Dan masa aku seperti terhenti,
Dia senyum dan lantas
Curi segala yang aku ada
Yang tinggal cuma sepi dan kosong.
"Hello polis...
Saya nak buat report...
Dia dah curi hati saya."
Monday, 4 March 2013
Buku Jalanan UIa #3
Setiap gambar ada ceritanya.
Tampak klise tapi itulah hakikatnya.
Kerana dengannya kenangan itu tercipta.
Terpahat dan terus kekal dalam ingatan.
Terima kasih teman untuk selayar kisah kita.
Walau tak dihebah media,ianya tetap indah.
Walau tak diiktiraf dunia, ianya tetap sempurna.
susun buku |
semua yang ohsemmm |
sesi berpuisi |
Buku Jalanan UIA #3 |
Sunday, 24 February 2013
Sakit
Cuba kau baring atas lantai.
Kemudian dilalunya orang ramai dipijak2 nya engkau.
Datang kanak2 4,5 tahun dihenyak2 nya engkau.
Lalu berbondong2 kenderaan digilis lumat nya engkau.
Selepas itu,hadir segerombolan manusia disepak2 nya engkau.
ohhh sakit bukan?
Tapi tak sakit dan sepedih,
Tak diperasankan kewujudan ini.
Saturday, 16 February 2013
Buku Jalanan UIA
Mari-mari,
kini anda boleh mengisi masa petang anda dengan perkara berfaedah.
Tak perlu yuran bulanan mahupun kerahan tenaga,
Cuma--hadir-pilih-baca-dan duduk bersantai.
Oppppsss,
Apakah ini?
*senyum...
Kawan2 sini aku khabarkan tentangnya,
Ini "Buku Jalanan".
Non-profit organization yang ditubuhkan suka2,
Diadakan 2 minggu sekali untuk membenih budaya membaca dan berkongsi.
Dihadirkan bersama tema,dan dipersilakan bekarya dengannya.
Kalau kalian bernasib baik,dapatlah disantapkan dengan puisi ataupun hiburan.
Oh ya! peminjaman buku juga dibenarkan atas dasar kepercayaan.
# Buku Jalanan UIA + Gaza |
# Buku Jalanan UIA kali ke-2 |
Oleh itu,
Saturday, 12 January 2013
Adil vs Sama rata
#Ya ini adil--meletakkan sesuatu ditempatnya
analoginya macam kau ada 4 orang anak,
anak pertama-15 tahun
anak kedua-12 tahun
anak ketiga-8 tahun
anak keempat-3 tahun
dan kau pergi kedai makan order tomyam untuk kesemua anak kau.
Friday, 11 January 2013
Tahan
Hadap segala yang datang.
kakukan badan dan biar
dipukul,sepak,terajang,bagi buku lima,hentakkan
dan segala macamnya--serap
tepukan otak dan biar
dicaci,maki,hina,herdik,jelik,diburuk itu ini
dan segala macamnya--padu
keraskan hati dan biar
rasa marah,cemburu,stress,kecewa,bangga,simpati
dan segala macamnya--hadam
kunyah setiapnya lumat2-telan
dan
R
E
D
H
A
sampaisuatumasakaujadilali.
Tuesday, 8 January 2013
Terkilan
Terkilan tau tak?
aku bukan asing bagi kau kan?
dulu kita borak sama-sama
makan sebekas berkongsi sudu lagi
jarak tak jauh pun berutus-utus surat
sakit kau aku rasa sama
kau tahu keluarga aku
aku kenal keluarga kau
adik beradik kau aku hafal sikapnya
kau hadam cerita2 aku
aku peduli dengan setiap apa yang kau kisahkan
dan hakikatnya kita R.A.P.A.T
malah kau pernah berbumbung di rumah aku
golek2 atas tilam dan berbantal bersama aku
cerita tentang siapa yang kau suka
tentang apa yang kau ada dan harapkan
semua kau tuturkan pada aku
*sigh... gelenggeleng
ya aku tau aku bukan siapa2 kini
kau punya semua,dan aku masih merangkak mencari
sungguhpun kau jelik mahu jumpa aku
khabarkan lah bahawa kau berada didaerah aku
cukup sekadar satu sms memberitahu
aku tak mintak lebih
cukup sekadar
aku tau yang kau pernah ada aku sebagai kawan
kerana bagi aku kawan SEKALI
sampai bilabila namanya KAWAN
p/s: untuk suatu masa yang pernah aku rasakan.
Wednesday, 2 January 2013
Pandang rendah = BODOH
Mana boleh bergaul dengan kau yang kerja promoter pasaraya.
Dan aku tak pakai cap2 bundle ni,
boleh gatal tau tak badan aku.
Apa standard makan kat mamak / warung,
paling selekeh pun Fastfood la,ada aircond.
Eh,BODOH!
sini aku bagi tau,
kau makan ikut mulut,
keluar ikut BONTOT juga kan?
ada kau KENTUT bau Escada?
ada LUDAH kau menitis jadi duit?
DARAH kau warna HITAM ke yang kau nak bangga2 sangat?
Eh,BODOH lah!
apa bezanya kau dengan yang lain,
lahirnya telanjang BOGEL juga,
MATI mereput dimakan tanah juga.
dah tu jangan PANDANG RENDAH faham?
atau kau memang BODOH tak paham.